Bahas laporan tahunan di Parlimen bakal kukuh institusi SPRM

Iklan
Nurhayati

SHAH ALAM - Rasuah Busters mengalu-alukan cadangan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim supaya laporan tahunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibentang terus ke Parlimen untuk dibahaskan.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (Rasuah Busters), Nurhayati Nordin berkata, syor itu jika dilaksanakan kelak bakal memperkukuhkan institusi SPRM berkenaan.

Iklan
Iklan

"Jika kerangka ini dilaksanakan, pencegahan (masalah berkaitan rasuah) (tindakan) dapat diambil segera, bukan sahaja ia diperhalusi secara tuntas kerana kerajaan dan pembangkang akan meletakkan saranan berhubung perkara ini.

"Iaitu bagaimana mereka hendak menangani laporan tahunan SPRM ini jadi kita dalam proses hendak memperkukuhkan institusi SPRM, usaha ini juga salah satu cara hendak perkuatkan badan yang menjalankan tugas yang cukup besar dalam negara ini," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Iklan

Terdahulu, Hassan ketika mencadangkan perkara ini berkata amalan kebiasaan iaitu laporan tahunan SPRM perlu dibentangkan dulu kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) sudah tidak sesuai.

Jelas Hassan lagi, amalan mengemukakan laporan kepada pihak LPPR dan Jawatankuasa Khas Menangani Rasuah (JKMR) sebelum dihantar kepada Perdana Menteri untuk dibentangkan di Parlimen perlu diubah.

Iklan

Beliau berkata, laporan SPRM itu perlu secara terus di bawa ke Dewan Rakyat serta di Dewan Negara untuk dibentangkan dan dibahaskan dalam usaha menangani rasuah.

Mengulas lanjut, Nurhayati berkata sekiranya laporan tahunan SPRM dibahas dan dibentang di Parlimen ia juga bakal mewujudkan pandangan semak dan imbang kerana melibatkan ahli kerajaan dan pembangkang.

"Parlimen yang bertindak sebagai badan legeslatif juga membolehkan pembuat polisi melaksanakan tugasan mereka bagi memantau badan-badan eksekutif berkenaan dalam usaha mengelak berlakunya salah guna kuasa, dengan Parlimen boleh mengakses laporan ini ia tidak lagi perlu melalui badan-badan berkenaan.

"Makanya kita boleh memastikan ketelusan badan SPRM dalam melawan rasuah...dan apabila Parlimen terlibat maka proses semak imbang akan berlaku ini juga salah satu refleksi sistem demokrasi kita juga," tegasnya lagi.