Ibu buka akaun Tabung Haji seawal usia 12 tahun

Iklan
Muhammad Farid

SHAH ALAM - Menyedari kepentingan mendaftar awal bagi menunaikan ibadah haji menjadi antara sebab utama ibu Muhammad Farid Mohamed Yusoff, 28, mula membuka akaun Tabung Haji (TH) untuknya sejak sekolah rendah.

Menurutnya, ibunya membuka akaun sewaktu dia berusia 12 tahun pada tahun 2007 dan tindakan itu telah memberi peluang kepadanya untuk menunaikan haji pada usia muda iaitu 22 tahun bersama dua saudaranya.

Iklan
Iklan

Katanya, dia telah dipanggil menjadi tetamu ALLAH ketika tahun 2017, tarikh keberangkatan saya ke Tanah Suci adalah 2 Ogos di mana Hari Wukuf jatuh pada 31 Ogos,” katanya kepada Sinar Harian.

"Terutamanya ketika semua jemaah berhimpun di Arafah, Muzdalifah dan Mina untuk menyempurnakan ibadah haji daripada ibadah wukuf, bermabit serta membuat lontaran jamrah di Kompleks Jamarah, Mina.

Iklan

"Alhamdulillah, syukur keatas peluang yang telah diberikan ini, salah satu tips untuk dikongsikan adalah masa masih muda waktu yang sangat sesuai laksanakan ibadah haji kerana ia memerlukan tenaga dan stamina yang kuat,” katanya kepada Sinar Harian.

Pada masa sama, dia turut mengharapkan dengan perkongsian yang serba ringkas dapat membuka mata buat semua untuk menitikberatkan kepentingan melaksanakan ibadah haji di waktu muda.

Iklan

"Saya mendoakan agar semua jemaah Haji 2023 diberikan kemudahan dan kelancaran serta mendapat haji yang mabrur,” ujarnya.