Angka korban bangunan runtuh di Mesir meningkat 10 orang

Iklan
Angka kematian akibat runtuhan bangunan 13 tingkat di bandar utara Mesir, Iskandariah meningkat kepada kepada 10 orang. - Foto AFP

KAHERAH - Angka kematian akibat runtuhan bangunan 13 tingkat di bandar utara Mesir, Iskandariah meningkat kepada kepada 10 orang, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media Mesir.

Pasukan Pertahanan Awam menemukan mayat seorang lelaki berusia 21 tahun dari runtuhan bangunan pada pagi Rabu, menjadikan jumlah mayat ditemukan kepada 10 orang, lapor portal berita Ahram Online.

Iklan
Iklan

Pencarian mangsa lain diteruskan, menurut laporan itu.

Empat mangsa cedera dalam kejadian pada Isnin.

Iklan

Setakat ini, belum ada pengesahan daripada pihak berkuasa mengenai jumlah kematian yang dilaporkan.

Bangunan yang menempatkan pelancong musim panas terbelah sekali gus mengakibatkannya runtuh, kata Gabenor Iskandariah Mohamed Taher kepada stesen Nile TV.

Iklan

Pemilik dan kontraktor bangunan itu didakwa atas pembunuhan secara tidak sengaja dan kecederaan serta pembinaan haram yang dipercayai menyebabkan runtuhan. - Bernama-dpa