Aliran trafik di lebuh raya utama bergerak perlahan

Iklan
Keadaan aliran trafik sesak berikutan orang ramai mula pulang ke kampung halaman sempena sambutan Aidiladha pada Khamis. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama bergerak perlahan tetapi lancar berikutan orang ramai mula bercuti untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada esok.

Jurucakap PLUS Trafik memaklumkan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), trafik perlahan ke arah utara di Slim River, Perak menuju Sungkai, dan Bidor ke Tapah serta dari Tapah ke Gopeng.

Iklan
Iklan

"Trafik perlahan arah utara dari Juru, Pulau Pinang ke Sungai Dua dan dari Jawi ke Bukit Tambun. Trafik turut perlahan dari Sedenak ke Simpang Renggam.

Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik Lebuhraya KL-Karak (KLK) menuju ke Pantai Timur juga perlahan bermula dari Gombak ke Lentang.

Iklan

"Trafik juga perlahan ke arah utara dari Permatang Pauh ke Sungai Dua dan dari R&R Sungai Muda ke Sungai Petani, Kedah,” katanya.

Selain itu, trafik turut perlahan dari Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) ke CIQ Tuas, Singapura dan dari Tambak, Johor ke CIQ Woodlands, Johor. - Bernama

Iklan