Seludup ketum antara jenayah aktif sepanjang Aidiladha

Iklan
Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad.

PERLIS - Jenayah melibatkan aktiviti penyeludupan ketum dikesan masih aktif di negeri ini sepanjang musim perayaan Aidiladha memandangkan ia mendapat permintaan aktif dari negara jiran.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, bagaimanapun penguatkuasaan dan pemantauan dijalankan pihaknya mengurangkan aktiviti penyeludupan di kawasan sempadan.

Iklan
Iklan

"Selain itu, antara jenayah lain melibatkan kecurian kenderaan motosikal dan pecah rumah memandangkan ramai yang pulang ke kampung untuk menyambut perayaan Aidiladha," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, Team TaskForce jenayah ditubuhkan sejak dua bulan lalu sekali gus sebagai usaha untuk mengekang jenayah terutamanya melibatkan jenayah rentas sempadan.

Iklan

"Jabatan Siasatan Jenayah IPK Perlis telah mempunyai tiga Team Task Force yang turut melibatkan anggota dan pegawai dari IPD di negeri ini.

"Kesemua anggota dan pegawai terlibat bertugas setiap hari secara berterusan mengikut penggiliran sehingga tamat tempoh operasi," katanya.

Iklan

Menurutnya, pemantauan dan penguatkuasaan akan turut dipertingkatkan dari masa ke masa dalam usaha mengekang jenayah daripada berlaku.

"Antaranya melibatkan elemen unit kereta peronda (MPV), unit rondaan bermotosikal (URB) secara kerap menjalankan pemantauan dan rondaan.

"Masyarakat dinasihatkan agar sentiasa menjaga keselamatan sama ada rumah atau kenderaan dan pada masa sama melaporkan terus kepada pihak polis berkaitan sebarang aktiviti atau kegiatan mencurigakan," ujarnya.