Ikat perut demi realisasi hajat ibu tunai haji

Iklan
Norafiyanti Ibrahim, 46. bersama arwah Ibunya, Zainab Nayan pada tahun 2009.

SHAH ALAM - Impian untuk merealisasikan hajat ibu yang ingin menjejakkan kaki ke Tanah Suci berjaya apabila menerima panggilan dari Tabung Haji (TH) setelah dua kali rayuan dibuat pada tahun 2009.

Ahli perniagaan, Norafiyanti Ibrahim, 46, berkata, rayuan itu diluluskan kerana ibunya mempunyai masalah penglihatan atas faktor usia dan pihak TH membenarkan seorang tumpang mahram turut serta untuk menunaikan haji.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setelah ayah meninggal dunia pada 7 Mei 2003, harapan ibu untuk menunaikan haji semakin tipis namun ia tidak mematahkan semangatnya dan dia bertekad untuk bekerja keras untuk memenuhi impian ibunya itu.

"Bagi memenuhi tabung simpanan, saya perlu berjimat dan mengikat perut kerana 90 peratus daripada gaji disimpan dalam akaun TH sehinggalah sebulan sebelum bertolak ke Tanah Suci.

Iklan

"Alhamdulillah, apabila kita ada impian dan perancangan Insya-ALLAH akan dipermudahkan,” ujarnya.

Norafiyanti yang berusia 32 tahun ketika itu, turut menyatakan perasaan syukur dan gembira kerana dapat merealisasikan hajat ibu untuk menunaikan haji ditambah pula dengan layanan istimewa daripada pihak Tabung Haji.

Iklan

"Layanan yang diberikan sangat istimewa kerana saya dapat membawa ibu yang tiada pengalaman menaiki pesawat tapi mampu merasai duduk di kerusi kelas pertama sepanjang perjalanan menuju ke Mekah. Alhamdulillah, terima kasih atas rezeki ALLAH.

"Namun, setahun selepas menunaikan haji, ditakdirkan ketika tahun 2010 kesihatan ibu merosot akibat diserang strok, dia bagaimanapun meninggal dunia pada 24 April 2020 (Jumaat) pada hari pertama ramadhan,” katanya.