Tidak ada orang bukan Melayu nak ubah nama Malaysia

Iklan
Syed Saddiq

SHAH ALAM - Tidak ada orang bukan Melayu di negara ini yang mahu menukar Malaysia menjadi satu nama yang lain.

Justeru Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan, politik perkauman dan perpecahan yang sekian lama dipraktik perlu dihentikan segera.

Iklan
Iklan

"Mereka mahu melihat Malaysia berkembang menjadi negara maju, pekerjaan, pengangkutan awam serta tadbir urus yang baik," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Rabu.

Sebelum itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilapor mendakwa penduduk bukan Melayu mahu menukar nama dan pemilikan Malaysia.

Iklan
Iklan

Pengerusi Proklamasi Orang Melayu (POM) itu dikatakan berulang kali mendakwa terdapat percubaan orang negara lain untuk mengubah Malaysia daripada tanah Melayu menjadi negara berbilang kaum.