KUALA LUMPUR - Kaukus Palestin Parlimen Malaysia menyeru kerajaan untuk mengesahkan penyataan bertulis kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkenaan sokongan usaha Majlis Legislatif Palestin di Gaza mengemukakan dan mengangkat kes undang-undang di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menentang kerajaan Israel.
Ketua Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh dalam kenyataan pada Rabu berkata, perkara itu penting bagi menuntut Israel untuk bertanggungjawab di atas pencabulan terhadap rakyat Palestin dan pemenjaraan terbuka yang berpanjangan ke atas Gaza yang telah memasuki tahun ke-17 dan merupakan pelanggaran Artikel 33 Konvensyen Geneva.