Anwar takbir raya Aidiladha bersama rakyat di Sungai Long

Iklan
Anwar pada Rabu menyertai majlis takbir raya sempena Hari Raya Aidiladha di Masjid Taman Rakan, Sungai Long, Kajang. - Foto Bernama

KAJANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu menyertai majlis takbir raya sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut esok.

Bacaan takbir raya itu dipimpin Imam Masjid Taman Rakan Sungai Long, Mohd Zamzuri Abu Othman dengan disertai ahli jawatankuasa, jemaah masjid dan penduduk setempat.

Iklan
Iklan

Laungan takbir itu turut disiarkan secara langsung Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV1 serta di laman sosial rasmi Perdana Menteri, RTM dan Kementerian Komunikasi dan Digital pada pukul 8.20 malam Rabu.

Anwar dan para jemaah kemudiannya berbuka puasa sebelum bersama-sama menunaikan solat maghrib dan seterusnya bersedia untuk melaungkan takbir raya.

Iklan

Selesai takbir, Perdana Menteri kemudiannya meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama para jemaah dan kanak-kanak sebelum meninggalkan masjid pada pukul 8.30 malam.

Esok, Perdana Menteri dijadual menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra, Putrajaya. - Bernama

Iklan