Elak sesak, balik Kelantan ikut jalan Thailand

Iklan
Seorang pengguna media sosial, Tiktok menggunakan jalan Thailand untuk pulang ke kampung halaman di Kelantan.

SHAH ALAM - Seorang pengguna media sosial, TikTok berkongsi momen perjalanan pulang ke kampung halaman ke Kelantan dengan menggunakan laluan negara jiran, Thailand.

Rakaman berdurasi 36 saat yang dimuat naik oleh @mrspaus itu, dia memulakan perjalanan pulang dari Alor Setar, Kedah ke Sungai Golok, sempadan Kelantan dengan melalui Imigresen Durian Burung.

Iklan
Iklan

Tambahnya, aliran trafik lengang dan di sepanjang perjalanan terdapat pelbagai makanan menarik yang dijual.

Jelas wanita itu, selepas melalui sempadan Sungai Golok, perjalanan diteruskan dengan melalui Imigresen Rantau Panjang, Kelantan.

Iklan

Rakaman berkenaan telah berjaya meraih lebih 400,000 tontonan dalam masa sehari selepas ia dimuat naik.

Rata-rata orang ramai tertarik dengan perkongsian wanita berkenaan.

Iklan

Pengguna media sosial @LizzieMayuzy memaklumkan bahawa, dia turut menggunakan laluan sama untuk pulang ke kampung suaminya kerana tempoh perjalanan yang singkat.

Sementara itu, @Kayrul3677 berkata, perjalanan pulang menggunakan laluan negara jiran sememangnya dekat dan tidak perlu berhadapan dengan kesesakan lalu lintas.