PM tunai solat sunat Aidiladha di Masjid Putra

Iklan
Anwar ketika menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra, di sini.

Beliau yang tiba bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pukul 8.19 pagi, disambut oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff sebelum memasuki dewan utama masjid bagi menunaikan solat Aidiladha.

Iklan
Iklan

Solat sunat Aidiladha ini pertama bagi Anwar bersama-sama warga Putrajaya sejak mengambil alih tampuk kepimpinan Kerajaan Persekutuan pada November tahun lepas.

Turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Iklan

Anwar kemudian bertakbir raya bersama kira-kira 20,000 jemaah sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha yang diimamkan Imam Besar Masjid Putra, Salahuddin Ghozali.

Perdana Menteri turut mendengar bacaan khutbah Aidiladha bertajuk ‘Nilai Pengorbanan’ yang disampaikan Salahuddin.

Iklan

Anwar juga tidak melepaskan peluang beramah mesra dan bersalaman dengan jemaah lain sebaik selesai khutbah Aidiladha. - Bernama