DAP Pulau Pinang ingatkan jangan percaya senarai calon tular PRN

Iklan
Kon Yeow (tengah) bersama ahli panel temuduga calon DAP Pulau Pinang.

GEORGETOWN - DAP Pulau Pinang meminta ahli-ahli, para penyokong dan pengundi agar tidak mempercayai sebarang edaran senarai calon pilihan raya negeri (PRN) yang bukan dari sumber sahih.

Pengerusinya, Chow Kon Yeow berkata, isu tersebut yang ditularkan menerusi media sosial sebelum ini adalah palsu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hanya Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang boleh mengumumkan senarai calon akhir.

Sementara itu, beliau memberitahu pihaknya telah telah selesai menjalankan temuduga bersama semua penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dari parti itu bagi menghadapi PRN tidak lama lagi.

Iklan

Kon Yeow berkata, kesemua mereka ditemuduga oleh lima ahli panel termasuk dirinya, Timbalan Pengerusi negeri, P Ramasamy; dua Naib Pengerusi iaitu Jagdeep Singh Deo serta Zairil Khir Johari dan Setiausaha negeri, Lim Hui Ying.

Menurutnya, lanjutan daripada sesi temuduga itu, barisan panel akan mengadakan pertemuan segera untuk berbincang dan membuat keputusan mengenai calon-calon yang berpotensi bagi mewakili DAP serta Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya negeri Pulau Pinang akan datang.

Iklan

"Senarai ini kemudiannya akan dikemukakan kepada CEC DAP untuk dipertimbangkan dan diputuskan," katanya menerusi kenyataan di sini pada Khamis.