Bakar sekolah kerana berang sering dibuli

Iklan
Seorang guru menunjukkan bilik yang musnah dalam kebakaran. - Foto Agensi

TEMANGGUNG - Gara-gara berang kerana sering dibuli rakan sekolah, seorang pelajar di Indonesia nekad membakar sekolahnya.

Pelajar Sekolah Menengah Pertama (SMP) Negeri 2 Pringsurat di Kabupaten Temanggung, Jawa Tengah berusia 13 tahun itu bertindak sedemikian dalam kejadian pada Selasa.

Iklan
Iklan

"Perbuatannya terbongkar berdasarkan penemuan beberapa bukti di lokasi kejadian dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah berkenaan. Dia juga memberitahu kami gurunya kurang memberi perhatian kepadanya. Apa yang dirasainya adalah subjektif.

"Sebagai contoh, gurunya tidak pernah memuji apabila dia menghasilkan projek seni sedangkan pelajar lelaki itu mahu menjadi yang terbaik di dalam kelas," kata Ketua Polis Temanggung, Agus Puryadi.

Iklan

Difahamkan, pelajar terbabit juga berhasrat untuk menjadi Presiden Persatuan Palang Merah Remaja (PMR) di sekolahnya, namun rakan-rakannya mengejek kredibiliti dan keupayaannya.

"Ia berpunca daripada kemarahan yang dipendamkan terlalu lama. Suspek menggunakan cecair mudah terbakar dan turut mengujinya terlebih dahulu di rumah sebelum mencetuskan kebakaran yang memusnahkan beberapa kelas termasuk bilik seni kraf," jelasnya lagi sambil menambah pelajar itu pada mulanya merancang mahu membakar seluruh sekolah.

Iklan

Di bawah undang-undang negara itu, pesalah juvana boleh dikenakan separuh daripada hukuman penjara maksimum dikenakan terhadap orang dewasa. - Agensi