Seorang maut, seorang lagi parah kereta bertembung

Iklan
Seorang maut selepas terlibat dalam kemalangan dua kenderaan di Kilometer 57 Jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang pada Jumaat.

KLUANG - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 57, Jalan Kota Tinggi-Kluang, dekat sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian pada jam 3 pagi itu melibatkan kenderaan Nissan Almera dan Mitsubishi Xpander.

Iklan
Iklan

"Hasil siasatan awal di tempat kejadian, Nissan Almera dari arah Kota Tinggi manakala Mitsubishi Xpander dari arah Kluang. Semasa tiba di tempat kejadian, Nissan Almera dipercayai tiba-tiba hilang kawalan sehingga masuk ke laluan Mitsubishi Xpander.

"Akibat jarak terlalu dekat Mitsubishi Xpander cuba mengelak ke kanan jalan tetapi terus bertembung dengan Nissan Almera," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata, pemandu Nissan Almera dikenali sebagai Mohd Solehin, 30-an, beralamat di Kulai cedera parah dan meninggal dunia semasa mendapat rawatan di wad kecemasan Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) di sini pada jam 4.44 pagi.

Katanya, pemandu Mitsubishi Xpander, Abdul Muiz, 20-an, beralamat di Mersing cedera parah di badan dan kini berada di Zon Merah HEBHK.

Iklan

Menurutnya, semasa kejadian cuaca baik tetapi keadaan jalan gelap dan kemalangan itu mengakibatkan kedua-dua kenderaan terbabit remuk di bahagian hadapan.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.