Pembantu kedai didakwa bunuh teman wanita

Iklan
Saini Irwandy didakwa dengan sengaja melakukan pembunuhan terhadap teman wanitanya, minggu lalu.

IPOH - Seorang pembantu kedai dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas pertuduhan membunuh teman wanitanya, minggu lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Saini Irwandy Sofian Sani, 23, sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja telah melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Shahwani Abdullah, 24, di Persiaran Rapat Baru 20, Taman Song Choon dekat sini, antara jam 5 petang Sabtu hingga 4.54 pagi, Ahad lalu.

Iklan
Iklan

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, NM Moganaraj Mithra manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Iklan

Mahkamah kemudian menetapkan 30 Ogos depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia, patologi dan bedah siasat serta lantikan peguam.

Media pada Ahad melaporkan seorang wanita berusia 24 tahun maut dipukul teman lelakinya dengan sebatang kayu penyapu di sebuah rumah kedai di Taman Song Choon dekat sini pada Ahad.

Iklan

Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terbaring di atas katil.

Suspek mengaku telah memukul mangsa dan siasatan mendapati pasangan kekasih tersebut tinggal di tingkat atas rumah kedai itu bersama bayi lelaki mereka berusia lapan bulan.

ARTIKEL BERKITAN: Maut dipukul teman lelaki: Punca kematian cedera di kepala

Wanita maut dipukul teman lelaki