Anggota bomba terbakar, lari 272 meter pecah dua rekod dunia

Iklan
Jonathan Vero, memakai sut pelindung dan dibakar di atas trek di Haubourdin bagi memecah rekod larian terbakar seluruh badan jarak jauh tanpa oksigen. - Foto Facebook Guinness World Records

WASHINGTON - Seorang anggota bomba Perancis mencatat Rekod Dunia Guinness apabila berjaya berlari sejauh 893 kaki (272 meter) selepas dibakar.

Jonathan Vero, 39, memakai sut pelindung dan dibakar di atas trek di Haubourdin bagi memecah rekod larian terbakar seluruh badan jarak jauh tanpa oksigen, lapor United Press International (UPI).

Iklan
Iklan

Vero melengkapkan 328 kaki (100 meter) pertama dalam masa 17 saat, memecahkan rekod kedua untuk larian pecut 100 meter terpantas tanpa oksigen semasa badan terbakar.

Kedua-dua rekod itu sebelum ini dipegang oleh lelaki Britain, Antony Britton, yang berlari sejauh 670 kaki dan menamatkan 100 meter pertama dalam masa 24.58 saat.

Iklan

Vero bertugas sebagai ahli bomba dan merupakan ahli lagak ngeri profesional.

Anggota bomba itu memberitahu GWR bahawa beliau sukakan api dan akan meneruskan minatnya dengan api. - Bernama-UPI

Iklan