PUTRAJAYA - Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) tidak lagi akan menerima aduan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau pegawainya bermula esok (1Julai).
Menurut suruhanjaya berkenaan, ini kerana PDRM tidak lagi disenaraikan di bawah Jadual Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] sebagai salah satu agensi penguatkuasaan seliaannya, selaras dengan berkuatkuasanya Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022 [Akta 839] (IPCC) esok.