Messi, Busquets ada misi besar di Miami

Iklan
Martino. Foto Agensi

PENGENDALI Inter Miami, Gerardo Martino menjelaskan bahawa penghijrahan bintang sensasi, Lionel Messi dan Sergio Busquets South Florida bukan untuk bersantai di pantai South Beach, sebaliknya mereka mempunyai misi besar.

Jurulatih dari Argentina yang dilantik membimbing pasukan itu Rabu lalu berkata, kedua-dua pemain itu hadir ke Miami untuk berjuang merebut kejuaraan.

Iklan
Iklan

Martino sudah bercakap dengan pemenang Ballon d'Or tujuh kali itu dan bekas pemain tengah Sepanyol, Busquets mengenai perpindahan mereka ke kelab Major League Soccer (MSL).

"Kadang-kadang dalam dunia ini, anda mengaitkan Amerika Syarikat dan Miami dengan percutian. Tetapi ia bukan tujuan sebenar mereka.

Iklan

"Mereka datang ke sini untuk bersaing,” katanya dalam sidang media pada Khamis.

Martino yang lebih dikenali sebagai Tata merupakan bekas jurulatih Messi di Barcelona dan Argentina.

Iklan

"Messi dan Busquets hadir ke sini selepas memenangi kejuaraan dunia, kejuaraan Ligue 1 dan La Liga Sepanyol.

"Mereka tidak akan bersenang-lenang. Mereka akan bersaing kerana ia sudah sebati dalam naluri mereka,” katanya.

Martino mengambil alih Miami ketika kelab itu menghuni tangga tercorot Eastern Conference selepas kalah tujuh aksi terakhir mereka. Mereka berada di ranking ke-27 daripada 29 kelab dalam MLS.

Jurulatih berusia 62 tahun itu yang pernah memenangi Piala MLS pada 2018 bersama Atlanta United sedar cabaran besar menantinya dalam liga Amerika Utara tersebut.

Bekas jurulatih Mexico dan Atlanta United itu optimis masih ada peluang untuk menyelamatkan Miami daripada musim semasa.

"Kami perlu melihat sama ada pasukan boleh mara ke playoff. Buat masa ini ia kelihatan sukar tetapi selagi ada peluang kami tidak boleh berhenti mencuba.

"Matlamat kami adalah untuk membentuk skuad bagi 2024,” katanya.