SEPANG - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook belum menerima sebarang laporan berhubung insiden kekecohan dicetuskan seorang menteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 semalam.
Menurut beliau, pihak berkuasa lapangan terbang akan membuat siasatan terperinci mengenai kekecohan yang berlaku.