Maharaja Naruhito seru rakyat bekerjasama capai keamanan

Iklan
Maharaja Naruhito dan Maharani Masako mmbuat penampilan sulung di Istana Imperial, hari ini. - FOTO AFP

TOKYO - Maharaja Naruhito menyeru rakyat Jepun bekerjasama mencapai keamanan dunia ketika berucap dalam penampilan sulung di khalayak umum yang disambut meriah ribuan hadirin, hari ini.

"Saya amat berharap negara kita dapat bergandingan dengan negara lain dalam mencapai keamanan dunia dan pembangunan berterusan," titah maharaja berusia 59 tahun itu yang mewarisi Takhta Chrysanthemum, Rabu lalu.

Iklan
Iklan

Maharaja Jepun ke-126 itu membuat penampilan di balkoni Istana Imperial disertai isteri baginda, Maharani Masako dan beberapa kerabat diraja Jepun lain.

Sementara itu, bekas maharaja Akihito dan isteri tidak membuat penampilan bersama puteranya ekoran keputusan untuk menarik diri daripada tugas rasmi setelah memerintah negara selama 30 tahun.

Iklan

Akihito, 85, merupakan Maharaja Jepun pertama yang turun takhta dalam tempoh 200 tahun selepas menyatakan hasrat untuk berundur ekoran faktor usia.

Menurut rangkaian penyiar NHK, keluarga diraja itu dijadual membuat enam penampilan sepanjang hari ini dan dilaporkan sekitar 50,000 orang telah berkumpul di hadapan pagar utama istana sebelum pertemuan pertama berlangsung.

Iklan

Dalam pada itu, acara sambutan meriah dirancang pada 22 Oktober depan, apabila Maharaja Naruhito dan Maharani Masako dijadual menyertai acara di istana sebelum dibawa berarak di beberapa jalan utama di Tokyo bagi menerima ucapan tahniah daripada pemimpin dunia dan ahli kenamaan. - AFP