Dua lembu sado 'tumbang'

Iklan
Salah seekor lembu yang disembelih sempena majlis korban perdana di Kampung Chendering Pantai di Kuala Terengganu pada Khamis.

KUALA TERENGGANU - Persepakatan yang dicapai dalam merealisasikan ibadah korban antara faktor ia berjaya dilaksanakan hampir saban tahun di Kampung Chendering Pantai, di sini.

Setiausaha Masjid Alfurqan, Zaidi Aziz berkata, 22 ekor lembu termasuk dua ekor lembu sado disembelih sempena majlis korban perdana yang dianjurkan bersama penduduk setempat pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Hampir tujuh tahun kita telah melaksanakan ibadah korban perdana seperti ini di lokasi yang sama.

"Untuk program kali ini, daging-daging yang siap dilapah diagihkan kepada seramai 250 keluarga dalam kalangan penduduk di sini.

Iklan

"Kita juga turut mengagihkan daging kepada penduduk sekitar seperti di Kampung Pantai Pandak, Batu Enam, Kampung Aur dan Balai Polis Chendering," ujarnya.

Beliau berkata, program itu memberi impak yang besar khususnya kepada penduduk kerana dapat memupuk semangat kerjasama dan saling tolong - menolong.

Iklan

"Kita harap dengan semangat yang tinggi, aktiviti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang,"ujarnya.