Lelaki hilang ketika menjala di lombong

Iklan
Pasukan bomba menjalankan operasi bagi mengesan seorang lelaki yang dikhuatiri lemas ketika menjalan ikan di Bidor pada Jumaat. Foto: ihsan Bomba Perak

TAPAH - Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas hilang ketika menjala ikan di sebuah lombong di Jalan Bidor-Teluk Intan di sini pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, maklumat awal diterima daripada orang awam sekitar jam 1.33 petang yang memaklumkan kehilangan mangsa ketika menjala.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bidor digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Saksi memaklumkan telah melihat mangsa turun ke lombong untuk menjala ikan sebelum hilang dari pandangan.

Iklan

"SAR diaktifkan dengan melibatkan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA). Operasi dijalankan dengan kaedah pencarian permukaan dan tebing lombong," katanya.

Tambah Sayani, SAR masih diteruskan dan sehingga kini mangsa masih belum ditemui.

Iklan