Wanita hilang kaki selepas terjatuh di travelator

Iklan
Lapangan Terbang Don Mueang di Bangkok - Foto 123RF

BANGKOK - Kaki seorang wanita terpaksa dipotong selepas terjatuh di travelator di Lapangan Terbang Don Mueang di Bangkok, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik laporan media.

Penumpang wanita itu yang identitinya belum diumumkan, terjatuh di atas laluan pejalan kaki yang bergerak mendatar pada Khamis sebelum penerbangannya ke Nakhon Si Thammarat di selatan Thailand, lapor Bangkok Post, memetik perkhidmatan kecemasan.

Iklan
Iklan

Impak jatuh mangsa menyebabkan penutup pejalan kaki itu terbuka lalu menarik kaki kiri wanita itu ke dalam jentera.

Doktor terpaksa memotong kaki di atas lutut tanpa ada harapan ia boleh disambung semula.

Iklan

Pihak berkuasa lapangan terbang, Airports of Thailand, segera mengarahkan pemeriksaan keselamatan di semua travelator di lapangan terbang berkenaan. - Bernama/dpa

Iklan