Tragedi jatuh bot: 'Saya harap anak ditemui hari ini'

Iklan
Afendi reda menerima ketentuan apa sahaja yang berlaku ke atas anaknya, Amrullah Fitri. (Gambar kecil: Amrullah Fitri)

TUMPAT - [DIKEMAS KINI] Bapa kepada seorang kanak-kanak yang dikhuatiri lemas dalam Sungai Kelantan di Kampung Pasir Pekan Hulu berharap anaknya ditemui hari ini.

Bagaimanapun, Afendi Ismail, 43, berkata, reda menerima ketentuan apa sahaja yang berlaku ke atas anaknya, Amrullah Fitri Affandi, 10.

Iklan
Iklan

"Sebaik sahaja menerima panggilan daripada ahli keluarga, saya tidak berharap apa-apa kerana anak tidak pandai berenang dan tidak memakai jaket keselamatan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Bagaimanapun katanya, malam tadi (Jumaat) dia sempat melaungkan azan dengan harapan Amrullah Fitri ditemui.

Iklan

Afendi yang menetap di Kampung Patek, Kadok ke rumah bapanya selepas Solat Jumaat sebelum kejadian dilaporkan berlaku.

Jelasnya, selepas Asar, Amrullah Fitri mengajak bapa saudaranya, Wan Muhamad Najmi Wan Taib, 30, untuk bersiar-siar dengan menaiki bot.

Amrullah Fitri sempat membaca surah Yasin dengan lancar dan berada antara saf depan ketika solat Jumaat, semalam.

Iklan

"Mereka turun ke sungai kira-kira jam 6 petang sebelum saya menerima panggilan berkaitan kejadian," katanya.

Afendi memberitahu, anak kedua daripada tiga beradik itu merupakan seorang yang baik dan patuh pada orang tua.

"Sebagai anak lelaki tunggal, dia boleh diharap membantu saya memelihara lembu.

"Selepas solat semalam (Jumaat) dia sempat membaca surah Yasin dengan lancar dan berada antara saf depan ketika solat Jumaat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri lemas, suami dan anak saudara hilang jatuh bot