LIVERPOOL secara rasmi telah mengaktifkan klausa pelepasan Dominik Szoboszlai bernilai 60 juta pound (RM354 juta) dalam usaha mereka untuk membelinya daripada RB Leipzig.
Pemain tengah menyerang itu memiliki 32 penampilan bersama Hungary dan dipantau beberapa kelab ternama Eropah, namun dia kemungkinan besar akan beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Iklan
Iklan
Terdapat klausa pelepasan bernilai 60 juta pound dalam kontrak Szoboszlai yang tamat pada Jumaat, namun Liverpool tetap berusaha keras bagi memastikan perjanjian itu dimeterai.
Ia pasti satu kejayaan jika mereka berjaya mendapatkan khidmat Szoboszlai yang beraksi cemerlang bersama Leipzig tahun lalu - menyumbat 10 gol dan melakukan 13 umpanan gol.
Dia turut beraksi hebat bersama Hungary menentang England bulan lalu, apabila menjadi sebahagian daripada skuad yang membelasah skuad kendalian Gareth Southgate 4-0 di Molineux dalam aksi Liga Negara-Negara.
Liverpool sudah mengikat Alexis Mac Allister dengan harga £35 juta (RM206 juta) daripada Brighton dan perpindahan buat Szoboszlai pasti mencuri tumpuan sepertinya.
Corak permainannya sama seperti Mason Mount yang berada dalam radar Liverpool selama beberapa bulan, namun pemain Chelsea itu hampir pasti menjadi milik Manchester United.