Aktivit riadah hujung minggu

Iklan
Orang ramai mengambil peluang cuti hujung minggu untuk membawa ahli keluarga berkelah dan mandi-manda di sungai ketika tinjauan di kawasan rekriasi Sungai Pangsun, Hulu Langat hari ini.

Kawasan lapang berhampiran sungai menjadi pilihan orang ramai untuk mendirikan khemah sambil berkelah serta bermandi-manda bersama ahli keluarga pada cuti hujung minggu.

Cuaca yang panas ketika ini menjadikan kawasan alam semula jadi seperti kehijauan rimba dan sungai sebagai pilihan untuk beriadah bersama ahli keluarga.