KUALA LUMPUR - Sebanyak 43 kemalangan maut membabitkan 48 kematian direkodkan di seluruh negara sepanjang Op Lancar sempena sambutan Hari Raya Aidiladha sejak Rabu hingga Jumaat.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, sebanyak 4,491 kes kemalangan direkodkan sepanjang tiga hari pelaksanaan Op Lancar itu.