UMNO terjatuh dalam lembah gelap, sukar pulih - KJ

Iklan
Khairy Jamaluddin - Foto Bernama

SHAH ALAM - Situasi UMNO disifatkan umpama terjatuh ke lembah gelap dan sukar dipulihkan.

Memetik laporan the Star, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui meskipun masih sayangkan parti itu, namun beliau sendiri tidak pasti sama ada UMNO boleh pulih atau sebaliknya.

Iklan
Iklan

"Sudah tentu ia (UMNO) parti yang saya sangat sayangi.

"Saya telah bersama UMNO selama lebih 20 tahun tetapi ia telah tergelincir ke jurang kegelapan ini dan saya tidak pasti ia boleh pulih,” katanya pada Sabtu.

Iklan

Khairy berkata demikian ketika ditanya mengenai peluang untuk dilantik sebagai perdana menteri.

"Saya tidak tahu soal itu (dilantik sebagai perdana menteri)," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, Khairy mengulas pertanyaan sama ada beliau masih kekal dalam arena politik ataupun mengambil keputusan untuk bersara.

"Kita tengok macam mana nanti,” ujarnya.

Pada Januari lalu, Khairy yang juga bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau dilaporkan dipecat keahliannya daripada UMNO.

Turut dipecat ialah bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar yang mempertikaikan penggantungannya dan meminta agar Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memecat beliau daripada parti.