KJ didakwa raih populariti dengan burukkan UMNO

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Sabtu. Gambar kecil: Abdul Razak

SHAH ALAM – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar didakwa hanya mahu meraih populariti dengan memburukkan parti yang pernah berjasa kepadanya selama ini.

Ketua UMNO Bahagian Kepong, Abdul Razak Abdul Rahman berkata, Khairy tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu kerana dia juga pernah menjadi pemimpin dalam UMNO.

Iklan
Iklan

Menurutnya, jika benar apa yang dituturkan, maka UMNO menjadi gelap kerana ada pemimpin sepertinya dahulu.

"Khairy Jamaluddin sedar dia sebahagian daripada punca kemerosotan sokongan kepada UMNO bermula dari zaman era pemerintahan Tun Abdullan Badawi melalui peranannya sebagai ‘budak tingkat 4’ yang teruk dikritik kerana dasar flip flop oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Iklan

"Malah ketika zaman Datuk Seri Najib Razak menjadi presiden, Khairy sebagai Ketua Pemuda selama dua penggal juga gagal menarik sokongan orang muda yang semakin jauh,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Khairy yang menyifatkan parti terbesar Melayu itu umpama terjatuh ke lembah gelap dan sukar dipulihkan.

Iklan

"Saya nasihatkan beliau (KJ) untuk muhasabah diri dan sedar kesilapan yang beliau telah lakukan.

"Apabila dia berani mengkritik tanpa henti, maka beliau juga perlu bersedia untuk dikritik dan tidak akan ada parti yang sanggup menerimanya jika perangai menjengkelkan ini berterusan,” ujarnya

Tambahnya lagi, jika mahu buktikan dirinya bagus, beliau boleh meneruskan karier poliitk dengan menubuhkan parti sendiri.