10 batang besi tertusuk di badan

Iklan
Kesemua 10 batang besi berjaya dikeluarkan oleh sepasukan doktor. - Foto Rex Feature

HUNAN - CHINA. Seorang pekerja kilang berdepan detik cemas apabila 10 batang besi tajam tertusuk pada badannya setelah ditimpa sebuah mesin robotik yang mengalami kerosakan secara tiba-tiba.

Dalam kejadian 4 Disember lalu, mangsa dikenali sebagai Zhou, 49, sedang bekerja syif malam di sebuah kilang porselin di wilayah Hunan apabila sebuah tangan robotik jatuh ke atasnya.

Badan Zhou ditusuk 10 batang besi tajam setelah dihempap sebuah mesin robotik yang mengalami kerosakan. - Foto Rex Feature

Iklan
Iklan

People's Daily melaporkan, insiden itu mengakibatkan mangsa dihempap dengan batang logam berukuran satu kaki dan setengah inci tebal.

Enam besi tajam tertusuk di bahagian bahu dan dada manakala empat lagi menembusi beberapa bahagian badan yang lain.

Iklan

Dia dihantar ke Hospital Xiangya di mana sepasukan doktor bertungkus lumus mengeluarkan kesemua batang besi terbabit.

Zhou kini dilaporkan stabil namun terpaksa terus menjalani rawatan dan fisioterapi untuk kembali pulih. - thesun.co.uk

Iklan