Mohd Radzi kecam tindakan doakan kematian Abdul Hadi, Tun M

Iklan
Hantaran Facebook Mohd Radzi pada Sabtu.

SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menyelar tindakan seorang pengguna Twitter yang memuat naik doa mengharapkan kematian Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menerusi hantaran di Facebooknya pada Sabtu, Mohd Radzi yang juga Ahli Parlimen Putrajaya turut berkongsi pautan hantaran yang dibuat pemilik akaun tersebut.

Iklan
Iklan

"Seorang anak muda berkongsi berita berkaitan hantaran ini dengan saya. Katanya, 'Teruknya PH ni'!

"Jawab saya, memang teruk dan tiada adab," katanya.

Iklan

Pada Sabtu, tular ciapan dibuat pengguna Twitter tersebut yang didakwa pembantu kepada setiausaha politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun difahamkan ciapan tersebut telah dipadamkan.

Iklan

Susulan itu, pelbagai pihak tampil mengecam tindakan biadab tersebut.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan Abdul Hadi dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan dan pemantauan ekoran tahap kesihatannya yang sedikit merosot sebelum Aidiladha.

Perkembangan itu dikongsikan anaknya, Muhammad Khalil menerusi hantaran di laman Facebooknya pada hari sama.