Menang besar gara-gara tekaan betul

Iklan
Pertandingan Ice Classic menawarkan hadiah lumayan untuk peserta yang berjaya membuat tekaan dengan betul. - Foto Facebook Nenana Ice Classic

ANCHORAGE - ALASKA. Seorang wanita dari bandar Anchorage, Alaska memenangi AS$311,652 (RM1,289,440) dalam sebuah pertandingan tekaan.

Patricia Andrew berjaya meneka dengan betul, tarikh dan masa sebuah tripod akan jatuh ke dalam air ekoran permukaan ais yang mencair di Sungai Tanana, berhampiran bandar Nenana.

Iklan
Iklan

Andrew meneka permukaan sungai tersebut akan mencair pada 14 April, sekitar jam 12.21 pagi (waktu tempatan), sekali gus menjatuhkan tripod yang diletakkan di atasnya.

Penganjur pertandingan tahunan Ice Classic berkata, ketika mengumumkan keputusan Jumaat lalu, Andrew merupakan satu-satunya peserta yang berjaya membuat tekaan tepat.

Iklan

Setiap tahun penduduk Alaska yang berminat akan membeli tiket bagi meneka waktu dan hari sebuah tripod yang diletakkan di atas permukaan sungai yang beku akan jatuh ke dalam air setelah ais mencair.

Sekiranya tiada peserta yang berjaya meneka dengan betul, maka peserta dengan tekaan minit paling hampir akan dikira sebagai pemenang. - Agensi

Iklan