Tragedi jatuh bot: Amrullah Fitri, bapa saudara ditemukan lemas

Iklan
Anggota penyelamat mengangkat mangsa lemas di Sungai Kelantan di Kampung Pasir Pekan Hulu.

TUMPAT - Mangsa hilang di Sungai Kelantan di Kampung Pasir Pekan Hulu, Amrullah Fitri Afendi,10, dan bapa saudaranya, Wan Muhamad Najmi Wan Taib, 30, ditemukan lemas di sungai itu.

Mayat Amrullah Fitri ditemukan pasukan penyelamat kira-kira jam 8.15 pagi tadi manakala Wan Muhamad Najmi pada jam 9.05 pagi.

Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Tumpat, Ketua Polis Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, mayat Amrullah ditemui di tebing kira-kira 900 meter dari Pusat kawalan Tempat Kejadian (PKPK).

"Mayat bapa saudaranya ditemukan pada jam 9.05 pagi di bawah jambatan kira-kira 1.1 kilometer dari pos pencarian.

"Mayat mangsa timbul di permukaan di tengah sungai," katanya.

Iklan

Amran memberitahu, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu. bapa mangsa, Afendi Ismail, 43, lega dan bersyukur dengan penemuan anak lelaki dan adik iparnya selepas dilaporkan hilang 38 jam.

Iklan

Menurutnya, sejak kehilangan kedua-dua mereka, ahli keluarga tidak putus-putus melaksanakan solat hajat di rumah dan di lokasi kejadian.

"Pihak sekolah anak saya juga turut mengadakan solat hajat dan doa kami termakbul akhirnya walaupun ditemui dalam keadaan tidak bernyawa tetapi kami dapat melaksanakan pengebumiannya dengan sempurna," katanya.

Jenazah Wan Muhamad Najmi akan dikebumikan di sebelah pusara isterinya, Allahyarham Nor Awadah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kutan Sungai manakala Amrullah Fitri akan dikebumikan di Kampung Patek, Kadok di sini selepas Solat Zohor.