PRN: Muda NS masih teliti jumlah kerusi

Iklan
Tarmizi

SEREMBAN - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Negeri Sembilan masih dalam proses perbincangan dan penelitian berhubung jumlah kerusi dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Pengerusi Muda Negeri Sembilan, Tarmizi Anuwar berkata, perkara itu akan diputuskan oleh jawatankuasa pilihan raya parti itu di peringkat pusat.

Iklan
Iklan

"Buat masa ini kita belum buat keputusan yang konkrit mengenainya. Kalau ada sedikit perkembangan saya boleh kongsi, tetapi belum ada.

"Ia bukan saja di Negeri Sembilan tetapi saya juga difahamkan di lima negeri lain yang terlibat dalam PRN masih belum diputuskan," katanya pada Ahad.

Iklan

Bagaimanapun katanya, pihaknya yakin yang PRN ini boleh dijadikan kayu pengukur untuk menentukan masa depan MUDA dalam politik negara.

"Secara praktikal MUDA ada ruang yang besar pada PRN ini untuk memaksimumkan mereka punya kelebihan dan peluang kerana sebelum ini kita terpaksa bertolak ansur dengan beberapa parti politik yang mana saya fikir kita tak diberi ruang sebaiknya.

Iklan

"Jadi PRN jadi peluang untuk MUDA tunjuk kebolehan sebenar. Apa saja cabaran yang datang, itu adalah keputusan yang kita telah ambil untuk terlibat dalam pilihan raya," katanya.

Sebelum ini media melaporkan Muda akan bertanding secara 'solo' pada PRN di semua enam negeri terlibat.

Presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, keputusan itu dicapai secara konsensus dalam kalangan kepimpinan dan ahli parti, selepas mengadakan perbincangan bersama dengan masyarakat dan badan bukan kerajaan, mengenai hala tuju parti.