Juventus ikat Weah dari Lille

Iklan
Weah. - Foto Agensi

KELAB Serie A, Juventus mengikat pemain sayap Amerika Syarikat (AS), Timothy Weah dari kelab Ligue 1, Lille dengan pembayaran permulaan 10.3 juta euro (RM52.4 juta).

Kelab itu menerusi satu kenyataan memaklumkan pembayaran itu boleh meningkat sebanyak 3.1 juta euro (RM15.8 juta) dalam bentuk bonus.

Iklan
Iklan

Pemberian bonus itu berdasarkan jaringan yang dihasilkan oleh Weah ketika Juventus dalam proses untuk menggantikan pemain Colombia, Juan Cuadrado yang meninggalkan kelab pada akhir kontraknya.

Pemain berusia 23 tahun itu juga memenangi liga dan piala berganda bersama Celtic ketika dipinjamkan ke kelab Scotland itu pada edisi 2018/19.

Iklan

"Di Lille dia memenangi kejuaraan Perancis pada musim 2020/21 dan Piala Super Perancis pada tahun berikutnya.

"Enam tahun berturut-turut yang penuh dengan kemenangan mengubah Timothy menjadi pemain yang serba boleh.

Iklan

"Dia mampu melindungi bahagian pertahanan dan serangan, menjadikannya pemain serba boleh,” ujar Juventus dalam satu kenyataan.

Weah bermain 29 kali untuk AS, menjaringkan empat gol.

Dia juga merupakan pemain kedua bermain di Itali selepas bapanya George, bekas pemenang Ballon d'Or yang menjaringkan 58 gol untuk AC Milan dan presiden Liberia sekarang.