Wanita akan dibenarkan menonton perlawanan di stadium

Iklan
Wanita di Iran akan dibenarkan menonton perlawanan bola sepak di stadium pada masa hadapan.(Gambar hiasan) - Foto 123rf

TEHRAN - Wanita di Iran akan dibenarkan menonton perlawanan bola sepak di stadium pada masa hadapan, kata ketua persatuan bola sepak negara itu pada Jumaat, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Sehingga kini, wanita di Iran hanya dibenarkan berada di tempat duduk atas beberapa pengecualian, yang terbaharu pada perlawanan persahabatan menentang Rusia.

Iklan
Iklan

"Majlis keselamatan negara telah meluluskan perkara ini dan menubuhkan kumpulan kerja untuk memutuskan pelaksanaannya," kata ketua Persekutuan Bola Sepak Iran, Mehdi Taj di luar acara.

Di bawah tekanan badan induk dunia FIFA, larangan itu telah dilonggarkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Iklan
Iklan

Majlis Keselamatan Iran bertanggungjawab menangani isu-isu pertahanan dan perlindungan Revolusi Islam. Keputusan itu dimuktamadkan selepas mendapat kelulusan ketua agama. - Bernama