Para pelukis jalanan menghasilkan karya mereka dengan melukis gambar bangunan di kawasan Tapak Warisan Dunia George Town hari ini.
Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) telah menganugerahkan status Tapak Warisan Dunia George Town di Pulau Pinang pada 7 Julai 2008.
Anugerah itu memberi penghormatan ke atas warisan budaya, pengaruh Barat dan landskap di George Town. Sebagai mengiktiraf penamaan itu, kerajaan Pulau Pinang mengisytiharkan 7 Julai setiap tahun sebagai Hari Warisan Sedunia George Town, dan menjadikannya sebagai cuti umum.