PRN: Polis kenal pasti 20 'kawasan panas' di Kedah

Iklan
Fisol (kiri) menghadiri Program Ibadah Korban Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di Surau Perumahan Polis Taman Derga Jaya, Alor Setar pada Ahad.

ALOR SETAR - Polis Kedah mengenal pasti 20 lokasi 'kawasan panas' di 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya di negeri ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, tumpuan khusus bakal diberikan pada kawasan tersebut dengan peningkatan kawalan termasuk penambahan anggota.

Iklan
Iklan

Menurutnya, semua elemen tersebut diberikan tumpuan bagi memastikan keselamatan semua pihak dapat dijaga sebaik mungkin.

"Kita akan beri penumpuan di sana (20 kawasan panas). Kalau ada penambahan anggota di sana nanti kita dah dapat, kita nak 'alert' kepada semua petugas pilihan raya kita," katanya pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan polis telah mengenal pasti 190 lokasi yang dikategorikan sebagai kawasan panas di enam negeri yang terlibat PRN pada 13 Jun lalu.

Terdahulu, Fisol menghadiri Program Ibadah Korban Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di Surau Perumahan Polis Taman Derga Jaya, dekat sini.

Iklan

Jelas Fisol, semua parti politik dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang aktiviti dan mengikut arahan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Dalam tempoh sekarang ini (parti politik) belum dibenarkan lagi (membuat aktiviti) apa-apa sahaja dalam bentuk kempen ini," ujar beliau.