Kematian Nahel: Rusuhan semakin menjadi-jadi

Iklan
Rusuhan berhubung kekejaman polis berlangsung di bandar-bandar seluruh Perancis dan membawa kepada penahanan sekurang-kurangnya 700 orang pada Sabtu.

PARIS - Rakan-rakan dan saudara-mara mengadakan pengebumian untuk remaja berusia 17 tahun yang mati ditembak oleh seorang pegawai polis di sebuah pusat pemeriksaan dekat Paris awal minggu ini.

Pengurusan jenazah dilakukan di masjid di Nanterre, dekat Paris, bermula pada tengah hari Sabtu, agensi berita Jerman (dpa) memetik akhbar harian Le Parisien.

Iklan
Iklan

Atas permintaan keluarga, tiada wartawan menghadiri upacara atau pengebumian itu, selepas kematiannya mencetuskan rusuhan di seluruh negara.

Hanya orang tertentu dibenarkan masuk selepas zon keselamatan dikuatkuasa di sekitar bangunan.

Iklan

Ratusan orang menghadiri upacara pengebumian itu, lapor akhbar Le Figaro.

Sementara itu, rusuhan berhubung kekejaman polis berlangsung di bandar-bandar seluruh Perancis dan membawa kepada penahanan sekurang-kurangnya 700 orang pada Sabtu.

Iklan

Paris, Marseille dan Lyon adalah antara bandar yang paling terjejas akibat rusuhan, rompakan dan kerosakan harta benda.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Gérald Darmanin berkata pada Ahad bahawa malam Sabtu lebih senyap kerana"tindakan tegas" pegawai penguatkuasa undang-undang.

Perdana Menteri Elisabeth Borne berkata 45,000 polis, anggota polis dan anggota bomba telah ditempatkan di seluruh Perancis.

Pada Sabtu, Presiden Perancis Emmanuel Macron membatalkan lawatannya ke Jerman pada minggu depan berikutan pergolakan politik. - Bernama.