'Bawa pulang Piala Suzuki AFF ke tanah air'

Iklan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati pemain skuad Harimau Malaya supaya bermain dengan penuh semangat kesukanan bagi capai misi membawa pulang Piala Suzuki AFF ke tanah air.

"Saya ingin ucap selamat bertanding kepada pasukan Harimau Malaya yang akan beraksi di Hanoi, Vietnam malam esok.

Iklan
Iklan

"Buktikan kita mampu tewaskan pasukan lawan. Kepada Ultras Malaya, beri sorakan padu dan tiupkan semangat kepada pasukan kita,” kata Dr Mahathir menerusi catatan video di laman rasmi Facebook beliau, malam ini.

Malaysia akan bertemu pasukan Vietnam di Stadium Nasional My Dinh di Hanoi pada perlawanan akhir kedua dalam misi membawa pulang Piala Suzuki AFF 2018.

Iklan
Iklan

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu seri 2-2 pada aksi final pertama menentang skuad Naga Emas yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini pada Selasa. -Bernama