MANILA - Pegawai pelancongan Filipina dikecam selepas menggunakan keratan video negara lain bagi mempromosikan kepulauan itu sebagai destinasi percutian di negara tersebut.
Bagaimanapun, agensi periklanan DDB Filipina telah membuat permohonan maaf di atas 'imej tidak bersesuaian' termasuk lokasi penanaman padi teres di Indonesia dan bukit pasir di Brazil.
Agensi tersebut adalah peneraju utama penghasilan video bagi kempen percutian 'Love The Philiphines' bernilai AS$900,000 (RM4.2 juta) yang dilancarkan kerajaan pada 27 Jun lalu.
Kementerian Pelancongan berkata, pihaknya sedang menyiasat dakwaan bahawa DDB memasukkan rakaman bukan asli. Kemudian, video tersebut dibuang dari laman Facebook mereka.
Blogger terkenal Filipina, Sass Rogando Sasot menyiarkan dalam Facebook bahawa beberapa keratan video dalam kempen tersebut diambil dari negara lain.
Analisis daripada pasukan Semak Fakta AFP mengesahkan bahawa video tersebut memaparkan lokasi di Brazil, Indonesia, Switzerland dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Namun, DDB membuat pengakuan pada Ahad kerana menggunakan rakaman asing sambil menyifat ia sebagai 'penyelewengan dari agensi'
Sementara itu, jurucakap kementerian pelancongan tidak menjawab permintaan AFP untuk mendapatkan komen lanjut. - AFP