'Lapan tahun terpisah, syukur dapat jumpa anak' - Awie

Iklan
Rozana (tiga dari kanan) turut sama dalam percutian itu.

PENYANYI dan pelakon popular, Datuk Awie berkongsi momen indah pertemuan semula dengan dua anaknya iaitu Putra Ahmad Rezzki, 15, dan Putri Qasseh Antasha, 13, setelah lapan tahun terpisah.

Menurut Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, meluahkan rasa syukur atas pertemuan bermakna itu yang turut disertai isterinya, Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin bersama anak lelaki mereka yang berusia dua tahun.

Iklan
Iklan

Turut sama ialah tiga lagi anak vokalis kumpulan Wings itu iaitu Putri Aleeya Antasha, 23, Putri Aleefa Antasha, 21, dan Putra Ahmad Merrah, 16 serta bekas isteri Awie, Rozana Misbun.

"Terima kasih wahai ALLAH kerana mendengar doa-doaku. Sekian lama terpisah akhirnya dapat aku bertemu dengan anak-anakku. Syukur Ya ALLAH.

Iklan

"Air mata ini menjadi saksi, rinduku berbalas, anak-anakku dunia akhirat, moga bahagia hingga ke jannah, terima kasih isteriku, terima kasih kepada ibu anak-anakku.

"Moga ini menjadi titik permulaan baik untuk semua. Allahuakbar,” tulisnya dalam ruangan kapsyen hantaran tersebut.

Iklan

Dalam beberapa keping gambar yang dikongsikan, Awie dilihat meluangkan masa bersama anak-anak di kolam mandi dan pusat membeli-belah.

Terdahulu, Awie pernah menyatakan sambutan Aidiladha tahun ini paling bermakna kerana dapat bertemu dengan Rezzki dan Qasseh yang di bawah jagaan Rozana selepas mereka bercerai pada 1 November 2014.

Menerusi perkahwinan dengan Rozana pada 20 Jun 2005, mereka turut dikurniakan seorang lagi anak iaitu Merrah, namun anak lelakinya itu dijaga Awie.

Putri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha merupakan anak daripada perkahwinan pertama penerbit filem Sue-On itu dengan penyanyi dan pelakon, Arni Nazira pada Disember 1998, tetapi pasangan itu bercerai pada Oktober 2006.

Awie kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Sharifah Ladyana pada 6 Oktober 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki pada 18 Januari 2021.