SHAH ALAM - Pemuda UMNO tampil menjawab persoalan dibangkitkan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung layanan berbeza dan kekeliruan syarat mengenai pemberian bantuan eBeliaRahmah kepada pelajar berjumlah RM200.
Ia selepas Ahli Parlimen Muar itu meminta penjelasan daripada kerajaan mengapa pelajar di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang menerima elaun bulanan sekitar RM650 hingga RM950 layak menerima bantuan itu, sebaliknya pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) dengan kadar elaun bulanan RM450 pula tidak layak menerimanya.
Iklan
Iklan
Menurut Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, elaun bulanan pelajar di bawah tajaan Mara adalah dalam bentuk pinjaman boleh ubah dan mereka masih perlu membayarnya semula.
"Bagi pelatih IPG pula, ia adalah bantuan yang dapat setiap bulan dan tidak perlu dibayar semula.
"Jadi kena terangkan dua situasi berbeza itu. Perlu berlaku adil juga pada adik-adik mahasiswa yang tidak dapat elaun bulanan seperti IPG,” jelasnya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
Syed Saddiq sebelum itu dalam satu kenyataan meminta kerajaan memberikan penjelasan terperinci mengenai kelayakan untuk memohon bantuan berkenaan bagi membolehkan rakyat khususnya belia memahami syarat yang disifatkan tidak adil.
Artikel Berkaitan