Kelab Komuniti Galing anjur 'Beyblade Challenge'

Iklan
Danish Nur Iman (tengah) beraksi bersama rakan-rakannya.

KUANTAN - Permainan gasing moden atau lebih dikenali sebagai 'beyblade' kini menjadi fenomena dalam kalangan kanak-kanak dan semakin mendapat perhatian.

Pengaruh permainan beyblade itu juga mendapat perhatian Kelab Komuniti Galing yang menganjurkan pertandingan 'Beyblade Challenge' dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan (SK) Galing, bersempena Karnival Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK) di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Pengerusi MPKK Galing, Zaki Omar berkata, seramai 32 peminat beyblade di sekitar Kuantan yang juga murid SK Galing berkumpul bagi menunjukkan bakat masing-masing bermain gasing moden itu.

Kelihatan seawal jam 7.30 pagi lagi para peserta sudah memenuhi lokasi pertandingan yang dijadualkan berlangsung pada jam 9.30 pagi, untuk menyaksikan sendiri bagaimana gasing moden ini dimainkan.

Iklan

"Pada awalnya kami merancang menganjurkan Pertandingan Bola Sepak Tujuh Sebelah, namun memikirkan perlu ada acara selingan bagi anak murid yang tidak bermain bola, serta ibu bapa yang membawa anak anak lain hadir ke sekolah hari ini, maka kami sepakat adakan Beyblade Challenge.

"Kita mengikut rentak dan perkembangan semasa tentang dunia permainan kanak-kanak. Beyblade adalah satu kemestian atau trend bagi mereka pada masa kini.

Iklan

"Justeru, inisiatif ini akan menguatkan lagi silaturrahim anak murid sesama rakan sebaya, di samping sebagai satu sokongan moral agar permainan ini tidak melalaikan mereka. Secara tak langsung mewujudkan generasi berdisiplin, nak berlawan mesti dengan cara betul," katanya.

Menurutnya, penyertaan sengaja dihadkan kepada 32 peserta sahaja untuk mengelakkan tempoh masa yang panjang dan seiring dengan pertandingan bola sepak.

Yuran penyertaan adalah RM3 seorang manakala hadiah diperuntukkan bagi pemenang pertama adalah RM100 dan RM70 bagi pemenang kedua.

Penyelaras Karnival MPKK, Shamsul Azizi Mohd Yusof berkata, format pertandingan dibuat secara kalah mati dengan 16 pasangan berentap di atas stadium.

Minat yang mendalam mempengaruhi Danis Nur Iman (dua, kiri) untuk menyimpan wang saku dan menjadi pengumpul beyblade

"Siapa lama berpusing dan paling lama berada dalam stadium dia menang, siapa pecah dulu dia kalah. Sebarang beyblade yang telah diubah dengan cara gam dan sebagainya, akan terkeluar secara automatik," katanya.

Danish Nur Iman Mohd Redzuan, 11, berkata, beliau mempunyai koleksi lebih 10 beyblade dan dua stadium dibeli dengan wang saku sekolah yang disimpan setiap hari.

Menurutnya, harga koleksinya bermula serendah RM12.90 hingga RM30 bergantung kepada jenis Beyblade.

"Saya seronok simpan koleksi beyblade dan selalu simpan duit poket untuk dapatkan koleksi tambahan.

"Setakat ini saya paling suka jenis Attack, Stamina dan Defense. Setiap jenis ada gaya pusingan tersendiri," katanya

Kegilaan kanak-kanak terhadap permainan gasing moden ini telah dijadikan pertadingan secara meluas di seluruh pelusuk negara dengan penyertaan sehingga 200 peserta pada satu satu masa.