UMNO Johor adakan konvensyen selepas PRN enam negeri

Iklan
Mohamed Khaled (duduk, tengah) bergambar bersama kepimpinan UMNO Johor pada Ahad.

JOHOR BAHRU - UMNO Johor akan mengadakan konvensyen di peringkat negeri selepas pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri berakhir.

Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, konvensyen julung kali diadakan itu akan memberi tumpuan kepada kedudukan orang Melayu dan pembangunan di negeri.

Iklan
Iklan

Jelasnya, lokasi dan tarikh konvensyen berkenaan akan diadakan sama ada di Johor Bahru atau di daerah-daerah lain akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

"UMNO Johor merasakan perlu diadakan Konvensyen UMNO peringkat negeri sebaik sahaja PRN di Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang berakhir.

Iklan

"Konvensyen ini akan disertai kepimpinan peringkat akar umbi dan wakil-wakil dalam kerajaan. UMNO Johor mahu membela kedudukan orang Melayu dan memastikan pembangunan negeri dapat dilaksanakan sebaiknya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Perhubungan UMNO Johor di Ibu Pejabat UMNO Johor, di sini pada Ahad.

Barisan kempimpinan UMNO Johor daripada bahagian- bahagian bergambar sebelum Mesyuarat UMNO Johor pada Ahad.

Iklan

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Setiausaha UMNO Johor, Datuk Abdul Halim.

Menteri Pendidikan Tinggi itu menambah, UMNO Johor akan memastikan langkah yang diambil selepas ini dapat mengukuhkan lagi keberkesanan parti untuk mewakili suara dan hak orang Melayu di negeri ini.

"Saya percaya Melayu di Johor ini mempunyai pelbagai aspirasi dan sudah tentu UMNO pada hari ini yang diteraju Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri mempunyai kuasa dan kedudukan dan kuasa untuk menjayakannya.

"Kita perlu tahu apa aspirasi itu dan perlu menilai sama ada ia dapat diterjemahkan ataupun tidak, dan kalau kita lakukan sejauh mana kita telah mencapai sasaran sebenarnya," ujarnya.