'Tukar Menteri MOTAC' - Mas Ermieyati

Iklan
Datuk Mas Ermieyati Samsudin

SEREMBAN - Kerajaan disaran supaya menggantikan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan pemimpin baharu.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mendakwa, insiden yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini menunjukkan Datuk Seri Tiong King Sing tidak layak berkhidmat sebagai menteri berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kalau nak rehatkan beliau (Tiong King Sing) sehingga proses siasatan selesai tak perlulah, ganti terus dengan yang boleh membantu membangunkan industri pelancongan tempatan.

"Itu lebih utama, bukannya beri fokus kepada satu perkara, kononnya ada visa pelancongan tetapi berselindung di sebalik visa itu untuk datang bekerja ke negara ini," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Ceramah Perdana Gelombang Nismilan Kito Ubah di Markas Pas Port Dickson di sini pada Ahad.

Mas Emeryanti yang pernah memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Pelancongan pada tahun 2015 sehingga 2018 turut memberitahu yang beliau berasa malu dengan insiden itu.

Iklan

Ujarnya, seorang menteri tidak sepatutnya masuk campur soal yang bukan berkaitan dengan kementeriannya.

"Beliau bukan saja mencampuri, malah menjatuhkan air muka pegawai Jabatan Imigresen (JIM) dengan perkataan 'You are the culprit' dan membuat tuduhan menerima suapan RM3,000 di khalayak ramai," katanya.

Tambahnya, seorang menteri juga perlu ada budi bahasa yang baik.

Ujarnya, berdasarkan pengalamannya di bawah kementerian itu, jika ada maklumat kes-kes tertentu ia akan diselesaikan secara kolaborasi dengan agensi berkaitan.

"Kita beri maklumat dan biar tindakan dibuat oleh JIM bukannya tindakan melulu dibuat menteri.

"Kalau penjawat awam pun kita tak hormat, bagaimana rakyat nak hormat kita," katanya.

Sebelum ini media melaporkan seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke balai ketibaan antarabangsa KLIA bagi membebaskan pelawat China yang ditahan pihak imigresen.

Kejadian itu turut tular di media sosial apabila menteri terbabit dikatakan masuk ke ruangan itu tanpa memohon pas keselamatan.

Perbuatannya dipercayai bagi 'menyelamatkan' seorang wanita warga China yang dinafikan kemasukan ke negara ini sebaik tiba di lapangan terbang.

Bagaimanapun King Sing dalam kenyataan medianya pada Sabtu mengakui terbabit dalam insiden itu malah menyifatkan tindakannya bagi membongkar 'peristiwa' memalukan.

Beliau mendakwa wujudnya budaya rasuah dilakukan segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa yang kronik di pintu masuk negara

ARTIKEL BERKAITAN: Tular menteri didakwa buat kecoh di KLIA

Menteri akui kekecohan, dakwa berlaku isu rasuah di KLIA

Imigresen siasat dakwaan insiden kekecohan libat menteri

Ketua Pemuda UMNO gesa PM pecat menteri buat kecoh di KLIA

Siasat dalang sebar video, berita tidak benar - King Sing

MyBHA, MATA sokong tindakan King Sing dengar keluhan pelancong

Budaya rasuah di KLIA: SPRM siasat dakwaan King Sing

Ahli perniagaan lapor polis kes kekecohan libat menteri di KLIA

Lawatan mengejut di KLIA, PM jamin siasatan rapi dilakukan

Belum terima laporan menteri buat kecoh di KLIA - Anthony

Kerajaan, pihak berkuasa digesa siasat kes menteri buat kecoh di KLIA - Cuepacs

'Saya sedang menunggu laporan penuh' - Saifuddin Nasution