Usia 15 hingga 25 tahun penyumbang tertinggi kemalangan

Iklan
Lokman membuat pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan semasa Ops Hari Raya Aidiladha (HRA) 2023 di Alor Setar pada malam Ahad.

ALOR SETAR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenal pasti pengguna jalan raya berusia antara 15 hingga 25 tahun muncul penyumbang tertinggi kes kemalangan termasuk maut di negara ini.

Pengarah Kanan Penguat kuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, kebanyakan mereka adalah penunggang motosikal dan data berkenaan membuktikan kesedaran golongan tersebut berhubung keselamatan jalan raya masih di tahap rendah.

Iklan
Iklan

"(Data) menunjukkan bahawa kesedaran terhadap pengguna jalan raya dan juga keselamatan dalam kalangan usia 15 hingga 35 ini masih berada di tahap yang rendah dan saya rasa satu advokasi kesedaran perlu kita uar-uarkan kepada mereka bahawa golongan ini merupakan satu golongan yang tertinggi menghadapi risiko kemalangan jalan raya," katanya pada sidang akhbar pada malam Ahad.

Beliau berkata demikian semasa Ops Hari Raya Aidiladha (HRA) 2023 di Alor Setar, dekat sini.

Iklan

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya turut mengesan pemandu melakukan pelbagai kesalahan jalan raya selepas memeriksa 55,904 kenderaan sepanjang Op HRA 2023 dilaksanakan di seluruh negara.

"Kelajuan melalui Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) kamera awas di mana kita dapati sepanjang tiga hari ini 15,254 notis telah dikeluarkan kerana memandu melebihi had laju yang ditetapkan di mana 4,743 notis kesalahan melanggar lampu isyarat merah.

Lokman

Iklan

"Ini satu kesalahan yang sangat serius di mana kita boleh lihat banyak dilaporkan di akhbar-akhbar bahawa melanggar lampu isyarat ini menyebabkan kemalangan cedera parah dan kemalangan maut.

"Keseluruhannya kita dapati bahawa 40,789 notis termasuk kesalahan melalui sekatan jalan raya dan juga sistem kamera Awas di mana kita dapati mereka ini akan dikenakan tindakan-tindakan dan jika mereka gagal membayar notis-notis yang dikeluarkan mereka akan dihadapkan ke mahkamah selain kesalahan mereka ini akan direkodkan untuk kesalahan demerit," ujarhya.

Tambahnya, sebanyak 20,792 notis atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD) (Akta 715) dikeluarkan.

"Dalam operasi ini, JPJ turut menyita 201 kenderaan kerana tiada perlindungan insurans, lesen memandu, kesalahan teknikal dan lain-lain.

"JPJ juga menahan seorang pemandu bas ekspres di sebuah terminal di Lembah Klang kerana didapati mengambil bahan terlarang iaitu dadah jenis heroin. Tindakan tegas diambil terhadapnya termasuk penggantungan lesen di bawah Seksyen 36 atau 56 Akta 333," jelasnya.