PRN: Ahli UMNO akan sokong PN di enam negeri

Iklan
Shahidan

PORT DICKSON - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yakin ahli UMNO akan menyokong kuat Perikatan Nasional(PN) pada Pilihan Raya Negeri(PRN) di enam negeri nanti.

Beliau berkata, ramai yang masih tidak berpuas hati dengan corak kepimpinan UMNO sekarang.

Iklan
Iklan

"Di Selangor, UMNO akan sokong PN dan Pulau Pinang pun kita sedang bertarung hebat. Tak akan bagi 'can' punya. Silap-silap kita memerintah," katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana Gelombang Nismilan Kito Ubah di Markas Pas Port Dickson pada Ahad.

Beliau turut menyatakan keyakinan sama yang senario itu akan berlaku di Negeri Sembilan.

Iklan

Jelas Shahidan, ia terbukti berlaku ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu apabila beliau menang 31,458 undi yang mana selebihnya diundi oleh ahli UMNO.

"Di Arau, Perlis ahli Pas 11,000 dan Bersatu 3,000 dan saya dapat 31,458. Siapa yang sokong saya? Di anggar yang menyokong hebat adalah orang UMNO.

Iklan

"UMNO sekarang sedang dihina oleh rakyat. Bila bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua kata UMNO parti korup, hampa tak malu ke?," soalnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin turut mempunyai anggapan sama dan mendakwa menerima mesej rintihan daripada rakan-rakannya daripada parti UMNO yang kecewa dengan apa yang berlaku kepada parti itu sekarang.

Malah katanya, UMNO sebenarnya tahu akan keadaan itu tetapi berada dalam sindrom penafian dan mengeluarkan kenyataan kononnya ahli mereka sudah menerima sekadar untuk menyedapkan hati.

"Untuk berada dalam Kerajaan Madani ini pun bukan kerelaan mereka, ramai tak setuju. Hati mereka sangat sakit dan saya minta janganlah menipu diri," katanya.