PUTRAJAYA - Mesyuarat Khas berhubung pilihan raya negeri (PRN) akan diadakan Rabu ini.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak memaklumkan, mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Ghani Salleh itu bakal menetapkan tarikh penting seperti writ pilihan raya, hari penamaan calon, pengundian, daftar pemilih dan lain-lain persiapan bagi pelaksanaan pilihan raya.