CBP wakaf dua tanah lot kepada MAINPP

Iklan
Baharom (dua dari kiri) menyerahkan geran tanah wakaf Masjid Jamek Nurul Iman Kubang Menerong dan Surau Ad Diniah Kampung Lembah Raja kepada Ahmad Zakiyuddin.

KEPALA BATAS - Co-opbank Pertama (CBP) mewakafkan dua lot tanah seluas 0.77 hektar di kawasan Seberang Perai Utara kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Pengerusinya, Datuk Baharom Embi berkata, dua tanah wakaf tersebut adalah Masjid Jamek Nurul Iman di Kubang Menerong dan Surau Ad Diniah Kampung Lembah Raja yang terletak di Pinang Tunggal.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sumbangan tanah wakaf ini merupakan satu tanda ingatan CBP kepada penduduk di Pulau Pinang amnya dan kawasan Seberang Perai Utara khususnya.

"Ini secara tidak langsung dapat membantu mereka mendapatkan pemilikan tanah yang kekal sehingga kini," katanya pada Majlis Penyerahan Lot Tanah Wakaf CBP kepada MAINPP pada Ahad.

Iklan

Turut hadir Yang Dipertua MAINPP, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Tambah Baharom, CBP telah bersetuju untuk mewakafkan dua lot tanah di Kubang Menerong dan Kampung Lembah Raja yang merupakan masjid dan surau untuk kegunaan penduduk setempat.

Iklan

"Dengan sumbangan tanah wakaf ini, semoga ia dapat membawa keberkatan kepada perniagaan CBP dan dalam masa yang sama, memberi kemudahan serta keselesaan kepada penduduk setempat," katanya.

Dalam majlis sama, turut diadakan majlis agihan daging korban kepada golongan asnaf kawasan sekitar.